Keratan Akhbar

POLIS KENAL PASTI SUSPEK CULIK IRISHA

Kota Bharu, 18 November - Polis mengenal pasti identiti suspek dalam kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Banir Belikung, Pasir Puteh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, polis kini giat memburu suspek itu yang berusia 20-an dan dipercayai masih berada di negeri ini.

"Kita akan memburu dan menangkap suspek secepat mungkin. Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini semalam.

Menurut DCP Datuk Mazlan berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat IRISHA DEVIA mengenai kejadian tersebut agar segera tampil menyalurkannya bagi menangkap suspek.


Sumber: Utusan Malaysia
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS