Keratan Akhbar

SOROK MOTOSIKAL CURI TEPI RUMAH


Bandar Baharu - Dua motosikal yang hilang di sini, berjaya ditemui hasil penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Jalan Batu 6, Padang Serai - Lunas pada jam 11.30 pagi, Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, suspek mengaku terlibat mencuri motosikal sebelum menunjukkan lokasi kenderaan itu disembunyikan.

"Suspek bawa polis ke rumahnya di Kampung Keda, Naga Lilit dan menemui dua motosikal diletakkan di bahagian tepi rumah.

"Semakan dibuat mendapati rangka motosikal jenis Honda EX5 dilaporkan hilang di Lunas manakala motosikal jenis Suzuki diubahsuai menjadi motosikal lasak," katanya. 

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS