Keratan Akhbar

TAKTIK 'ABE K' JUAL TAYAR TERBONGKAR


Kota Bharu: Sindiket pengedaran dadah dikenali 'Abe K' dikesan berselindung di sebaiik perniagaan kedai menjual tayar dan kereta terpakai bagi mengaburi kegiatan. 

Jenayah terancang dilakukan itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas ketua sindiket itu ditangkap polis dalam serbuan di Lubok Jong, Pasir Mas, jam 3.30 petang kelmarin. 

Suspek berusia 31 tahun itu yang berasal dari Jertih, Terengganu itu diberkas bersama pelajar Ieiaki berusia 16 tahun dan tiga warga Thailand di rumah di Gual Nering, Rantau Panjang. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, siasalan awal mendapati ketua sindiket berkenaan berselindung di sebalik perniagaan kenderaan terpakai untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran pantai Limur. 

Menurutnya, suspek ditahan ketika sedang menunggu pelanggan dari Pahang dan mereka didapati sudah menjalankan kegiatan ini sejak 2012. 

"Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri turut merampas 1,780 pil kuda dianggarkan bernilai RM44,500. 

" Soal siasat terhadap suspek warga Thailand iiu turut menemui dadah syabu seberat satu kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM300.000." katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini. semalam. 

Pihak polis turut menyita wang tunai dan lima kereta yang dianggarkan bemiiai RM61300. 

"Semua suspek ditahan reman sehingga 2 Disember depan untuk siasatan Ianjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya.

Sumber: Akhbar Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS