Keratan Akhbar

LAKONAN PENYELIA KONONNYA DISAMUN KANTOI

Kajang: Seorang penyelia yang mendakwa dirinya disamun dua lelaki bermotosikal ditahan polis selepas siasatan mendapati dia sengaja membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, lelaki tersebut berpakat dengan dua lelaki lain untuk melarikan wang milik majikannya yang berjumlah RM44,000.

Hasil siasatan lanjut mendapati wang tersebut telah disembunyikan di beberapa lokasi termasuk di dalam mangkuk tandas.

Dua lelaki lain yang bertindak mengambil wang tersebut ditahan di lokasi berasingan pada hari yang sama dan ketiga-tiga mereka ditahan reman untuk tindakan selanjutnya.


Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS