Keratan Akhbar

BURU PENYEBAR BERITA PALSU


Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menyelar tindakan pihak tertentu berhubung penyebaran pelbagai maklumat dan berita palsu tragedi banjir besar melalui laman sosial termasuk WhatsApp. 

Beliau yang dihubungi berkata perkara itu sengaja dilakukan mereka bagi mencetuskan rasa panik terhadap mangsa termasuk anggota penyelamat. 

Menurutnya, polis memberi amaran mengambil tindakan tegas termasuk menjejaki individu yang dikesan sengaja menyebarkan maklumat palsu itu. 

Sumber; Harian Metro


 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS