Keratan Akhbar

PENJENAYAH PUTIH MATA


Shah Alam: Dua perompak berputih mata apabila mereka ditahan polis di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang di sini, sejurus menyamun mangsa. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata anggota kereta peronda polis yang menerima panggilan kecemasan menuju ke tempat kejadian sebelum terserempak motosikal dinaiki dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan serta tidak memakal topi keledar menghala ke Klang. 

"Menyedari kehadiran polis suspek cuba melarikan diri dengan memecut motosikalnya. 

"Bagaimanapun anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek terbabit berusia 20 dan 22 tahun," katanya. 

Menurutnya, polis merampas topi keledar dan kunci yang digunakan suspek untuk mencederakan mangsa. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS