Keratan Akhbar

POLIS SIAP SEDIA HADAPI BANJIR DI IBU NEGARA


Kuala Lumpur - Polis Kuala Lumpur sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di ibu negara. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, pihaknya telah melakukan persiapan jika berlaku banjir di ibu kota.

"Kita sedia bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS