Keratan Akhbar

SAMSENG 'GENG SENTUL' DITAHAN



Kuala Lumpur: Dua samseng 'Geng Sentul* yang dipercayai terbabit menetak putus tangan seorang anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan kelmarin di ibu negara. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, dua suspek masing masing berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan. 

Menurutnya, kedua - dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kegiatan kongsi gelap diyakini dapat membanlu siasatan polis. 

Beliau berkata, suspek pertama ditahan polis pada jam 3 petang di Setapak Jaya di sini, sebelum seorang lagi penjenayah diberkas setengah jam kemudian di Bandar Baru Sentul di sini. 

"Siasatan awal mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun," katanya semalam.

Sumber: Akhbar Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS