Keratan Akhbar

PEMANDU DITAHAN SELUDUP BERAS

GUA MUSANG, 27 Jan - Polis menahan sebuah lori dengan muatan 79 kampit beras bernilai RM15,800 dipercayai diseludup dari negara jiran, di Kampung Tanah Puteh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan ketika dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kuala Lipis, Pahang pada pukul 10.15 malam.

"Pemeriksaan oleh dua anggota polis ke atas lori berkenaan menemui 79 kampit beras dengan anggaran berat 1,970 kilogram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan dipercayai mengambil kesempatan dalam keadaan kesibukan pihak berkuasa menguruskan bantuan pasca banjir di negeri ini, untuk menjalankan aktiviti penyeludupan itu.

Katanya kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Kawal Selia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Akhbar Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS