Keratan Akhbar

209 DITAHAN DI 21 LOKASI

Sungai Petani: Seramai 209 individu ditahan termasuk warga asing selepas masing-masing dikesan terbabit dalam pelbagai tempoh 24 jam "Ops Cantas Khas Utara' dijalankan membabitkan 21 lokasi serbuan, malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Dalam Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman ACP Khairi Ahrasa berkata, selain tiga negeri di Utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak serbuan dalam operasi itu turut membabitkan kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, tumpuan utama dalam operasi itu mengesan suspek kegiatan jenayah, khususnya warga asing tang terbabit kegiatan berunsurkan gangsterisme yang mendorong kepada pembabitan dalam kes bunuh, culik dan kacau ganggu.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS