Keratan Akhbar

RINGAN BEBAN WARGA KERJA IPD KUALA KRAI

Kuala Krai: Seramai 43 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah menyampaikan sumbangan barang bernilai lebih RM50,000 kepada pegawai, anggota dan pegawai awam IPD Kuala Krai yang terjejas banjir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Khalil Ariffin berkata, inisiatif ini diambil bagi meringankan beban warga kerjanya yang menerima impak akibat bencana lalu.

Katanya, sumbangan itu diperoleh hasil bantuan syarikat swasta dan orang perseorangan yang prihatin dengan nasib polis.


Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS