Keratan Akhbar

PENARIK KERETA DIHUKUM MATI


Ipoh - Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methampetamin seberat 96.1 gram, empat tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas S Marimuthu, 30, setelah mendapati keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan tersebut di meja kiri bahagian luar kaki lima sebuah restoran di Simpang Pulai kira-kira jam 11.45 malam pada 23 Ogos 2011. 

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(l)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS