Keratan Akhbar

9 WARGA INDONESIA DITAHAN BANTU SIASATAN KES LELAKI SENEGARA MATI DITETAK DI PUSAT KARAOKE

Polis menahan Sembilan warga Indonesia dan merampas tiga parang serta pisau yang dipercayai dapat membantu siasatan kes tetak seorang lelaki warganegara sama di pusat karaoke yang terletak dalam sebuah pusat beli belah di sini, Jumaat lalu.

Kesemua yang ditahan adalah enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 24 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, kesemua individu tersebut ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Goh Hock Huat, di sini pukul 12.30 malam, Rabu lalu.

SUMBER : KOSMO

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS