Keratan Akhbar

REMAJA 16 TAHUN ANJUR JUDI DITAHAN

Polis menahan seorang remaja tempatan berusia 16 tahun selepas dipercayai terbabit menganjurkan kegiatan perjudian di sebuah tapak pembinaan di Teluk Danga di sini, kelmarin.

Difahamkan kegiatan itu menyasarkan penyertaan warga asing yang bekerja di tapak pembinaan terbabit, selain kawasan terpencil di tebing Pantai Lido.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superitendan Adzli Abu Shah, berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan tujuh anggota diketuai Asisten Superitendan Othman Mamat pada jam 10 malam.

SUMBER : BERITA HARIAN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS