Keratan Akhbar

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Dengan adanya aplikasi Whatsapp kini, pihak polis dengan masyarakat dapat bekerjasama dan berganding bahu dalam membanteras jenayah dalam negara. Sebagai contoh, untuk suku pertama tahun ini, sebanyak sebanyak 194 kes jenayah, jenayah jalanan dan pecah rumah berjaya dikurangkan.

Bagi Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash berkata, penggunaan aplikasi ini bukan sahaja untuk menghubungi ahli keluarga dan sahabat handai, malah ianya adalah satu aplikasi penting baginya untuk memerangi jenayah dalam daerahnya.

Dengan melalui aplikasi ini, ramai orang awam dapat menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada pihaknya dengan pantas di samping dapat berkenalan dengan individu-individu yang sering bekerjasama dengan polis memerangi jenayah.

Beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana, dalam daerah Timur Laut sahaja, terdapat banyak kumpulan keselamatan awam yang sering memberikan kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada pihak polis dalam mendaulatkan undang-undang di negara ini.

Sumber: Kwong Wah Yit Poh



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS