Keratan Akhbar

POLIS SELAMATKAN 62 MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA

Seramai 62 mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Kedah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, satu pasukan JSJ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Alor Setar yang diketuai oleh Pegawai Turus D9, Deputi Superintendan Mohd Nairn Asnawi menyerbu premis itu di Kampung Tok Saka, Hutan Kampung kira-kira jam 1.40 pagi.

Dalam serbuan itu. seramai 64 lelaki warganegara Myanmar ditahan iaitu dua daripadanya adalah ahli sindiket penyeiudupan dan pemerdagangan manusia manakala selebihnya adalah mangsa.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS