Keratan Akhbar

SEBELAS PESALAH TRAFIK DITAHAN DI JOHOR

Polis menahan seramai 11 individu dalam Op Roda Bersepadu yang bertujuan untuk mencegah lumba haram dan samseng jalanan selama tiga hari bermula Jumaat lalu, di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Dato' Rusli Ahmad berkata, Op bersepadu berkenaan dijalankan di dua lokasi tumpuan iaitu di Jalan Stulang Laut dan sepanjang Pantai Lido.

Dalam operasi itu, polis Johor turut memeriksa seramai 993 individu membabitkan 644 buah motorsikal manakala jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang tiga hari operasi itu dijalankan adalah sebanyak 394 saman.

Sebanyak 226 motosikal turut disita manakala semua 11 yang ditahan telah melakukan kesalahan trafik membabitkan tujuh tangkapan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangtan Jalan 1987.

Manakala,dua individu ditahan dibawah kesalahan Akta Dadah Berbahaya dan dua lagi ditahan dibawah Iain-lain kesalahan jenayah.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS