Keratan Akhbar

GADUH ANGKARA DENDAM, REBUT TEMAN WANITA


Kejadian pergaduhan di Tanah Perkuburan India Sungai Abong, Bakri, Muar Jumaat lalu melibatkan lapan suspek yang menyerang seorang lelaki dengan parang dipercayai bermotifkan balas dendam dan berebut teman wanita.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 25 tahun itu mengalami dua luka pada bahagian tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, polis telah melancarkan gerakan memburu kesemua suspek sebelum berjaya menahan empat daripada lapan lelaki berkenaan pada pukul 1.45 pagi Sabtu.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya memberkas empat lagi suspek kira-kira 15 minit kemudian di Jalan Bakri,” katanya.

Turut dirampas tiga bilah parang dan sebuah kereta Kia Spectra serta Proton Perdana.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS