Keratan Akhbar

MAT AFRIKA TOKAN DADAH TUMPAS DI TANGAN POLIS

Pihak polis berjaya mengesan dan menumpaskan ahli sindiket antarabangsa di kalangan warga Afrika yang menyamar menjadi penuntut kolej untuk menjual dadah jenis kokain dan syabu dan jumlah yang besar kepada pelanggannya.

Ahli-ahli sindiket tersebut ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING), Bukit Aman di dua lokasi berasingan iaitu di Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara.

Sebanyak tujuh kilogram dadah jenis kokain dan 800 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai hampir RM100,00 turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS