Keratan Akhbar

PEMANDU KERETA CURI ENGGAN TUNJUK LESEN

Keengganan seorang pemandu kereta menunjukkan lesennya kepada pihak polis semasa ditahan di Melaka Tengah, Melaka telah membongkar kepada penemuan sebanyak 18.8 gram dadah jenis heroin di dalam keretanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Razali Bakar berkata, sebelum ditahan, pihak polis terpaksa mengejar suspek selama lebih kurang 20 minit di lebuh raya setelah dia melarikan diri dari diperiksa dalam sebuah sekatan jalan raya yang diadakan.

Suspek dan barang kes akhirnya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS