Keratan Akhbar

SINDIKET JUAL MATA WANG ASING PALSU TUMPAS

Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan mata wang asing yang diketuai oleh warga Indonesia apabila mereka ditangkap di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, dua yang ditangkap adalah warga tempatan disyaki sebagai pembeli manakala dua lagi adalah sebagai orang tengah dalam urusan jual beli dengan sindiket tersebut.

Hasil penahanan mereka semua telah membuatkan pihak polis turut merampas 1,326 keping mata wang asing dan bon dari pelbagai negara seperti Dollar Amerika Syarikat, Rupiah Indonesia, Dollar Singapura dan Yuan China.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS