Keratan Akhbar

GUNA TAKTIK SAMUN, LARI PERAKAM CCTV


Taktik samun dan larikan perakam kamera litar tertutup (CCTV), menjadi modus operandi empat penyamun berparang yang menjadikan hotel bajet sekitar Kuala Lumpur sebagai sasaran pada awal pagi, sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, kumpulan itu disyaki mendalangi tiga kes samun terhadap hotel bajet sejak dua minggu lalu di sekitar daerah itu, selain empat kes menggunakan modus operandi sama pada akhir tahun lalu.

Kejadiannya, suspek melakukan samun antara jam 4 hingga 6 pagi dengan menaiki kereta. Kereta diberhentikan di hadapan hotel, tiga daripada mereka berpura-pura sebagai pelanggan dan menuju ke kaunter.

Kemudian mereka mengeluarkan parang dan memaksa kakitangan hotel menyerahkan semua wang operasi sebelum merampas alat perakam CCTV bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti polis. Seterusnya, mereka melarikan diri dengan kereta yang dipandu rakan mereka yang menunggu di depan hotel.

Sumber : Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS