Keratan Akhbar

KANAK-KANAK DILARIKAN DITEMUKAN SELAMAT


Seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 bulan yang dilaporkan hilang dan dilarikan bersama sebuah kereta di pusat beli-belah Subang Parade, Subang Jaya semalam ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam.

Terdahulu, kereta yang dinaiki kanak-kanak itu ditinggalkan bapanya dalam keadaan enjin masih hidup untuk memanggil ibu mangsa yang bekerja di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, seorang lelaki bertindak melarikan kereta Perodua Myvi berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

Mangsa berjaya ditemukan semula kira-kira pukul 1 pagi. Mangsa ditinggalkan berseorangan di sebuah stesen minyak di Glenmarie.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS