Keratan Akhbar

POLIS BONGKAR RUMAH KOSONG DIJADIKAN PUSAT JUDI SIBER


Polis Sabah menyerbu sebuah rumah kosong yang tidak bernombor setelah menjalankan aktiviti perjudian siber kepada kaki-kaki judi yang duduk berhampiran Kuala Menggatal di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, polis menahan tujuh individu berusia 20 hingga 47 tahun termasuk empat penjaga yang mana dua daripadanya adalah wanita.

Turut dirampas adalah 16 buah komputer disyaki digunakan untuk aktiviti haram itu termasuk wang tunai berjumlah RM252.

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS