Keratan Akhbar

POLIS BURU PENJUAL PERISA DADAH DALAM VAPOR

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dan memburu pengusaha perisa dadah seperti ketum dan kanabis yang telah mula masuk ke pasaran tempatan.

Tindakan tegas akan diambil oleh JSJN terhadap mana-mana pihak di kalangan pengguna vape yang cuba mempromosi, menawar dan menjual bahan terlarang tersebut.

Orang ramai terutamanya pengguna vape yang mengetahui dan ada maklumat berhubung mana-mana pihak yang menjual atau mengguna perisa dadah tersebut boleh menyalurkan maklumat yang diperolehi kepada pihak polis.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS