Keratan Akhbar

POLIS MENYAMAR GUNA KANCIL TANGKAP PENJENAYAH

Polis menggunakan taktik dengan memandu kereta jenis Perodua Kancil untuk mengekori dua orang suspek yang terlibat dalam kes mencuri kenderaan mewah jenis Ferrari yang bernilai lebih dari RM1 juta dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, hasil maklumat awal setelah kenderaan itu hilang di Bandar Sunway, Selangor telah menyebabkan polis bertindak pantas mengesan dan mengekorikenderaan tersebut.

Polis yang menggunakan kereta Kancil terus berjaya memintas suspek yang sedang leka memandu Ferrari tersebut dan menahan kedua-dua pemandu dan penumpang kenderaan tersebut yang berusia antara 28 dan 30 tahun itu.

Kedua-dua suspek kini ditahan lanjut bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS