Keratan Akhbar

LELAKI NODA ANAK DIPENJARA 17 TAHUN, 10 SEBATAN

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang kematian isteri pada 2010 mula merogol mangsa yang merupakan anak kandungnya pada September 2011 dengan menceroboh biliknya dan mengejutkan mangsa daripada tidur sambil memberitahu mahu melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertuduh menanggalkan seluar dipakai lalu terus merogolnya. Tertuduh juga berpesan kepada mangsa supaya tidak melaporkan kepada polis atau memberitahu sesiapa, malah mengugut mahu membunuh diri jika mangsa berbuat demikian.

SUMBER : HARIAN METRO

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS