Keratan Akhbar

16 PATI KENA CEKUP


Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada lima wanita dan 11 kanak-kanak berjaya dicekup Unit Polis Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sabak Bernam, di Kampung Sungai Pulai, awal pagi semalam.

Kesemua warga Myanmar itu ditahan kira-kira jam 4 pagi ketika mereka berjalan kaki menuju ke sebuah rumah di kampung berkenaan.

Semua warga Myanmar berusia lingkungan tiga hingga 25 tahun itu dipercayai masuk ke negara ini menerusi sindiket tidak bertanggungjawab yang menggunakan bot pom-pom dari Indonesia.

Polis mendapati semua warga Myanmar itu dari Indonesia menggunakan laluan air untuk masuk ke negara ini.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS