Keratan Akhbar

KAWALAN PEMERIKSAAN DITINGKATKAN DI 3 CIQ DI SEMPADAN


Polis Kelantan akan mempertingkatkan kawalan pemeriksaan di tiga Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan yang menjadi laluan keluar masuk Malaysia-Thailand di Kelantan bagi mengekang aktiviti penyeludupan.

Kekuatan anggota akan ditambah kepada tiga anggota di setiap laluan masuk iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga bagi meningkatkan kawalan pemeriksaan terutamanya pemerdagangan manusia serta penyeludupan dadah, senjata api, kenderaan curi dan minyak.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS