Keratan Akhbar

WARIS MAYAT TAK DITUNTUT DICARI


Bestarijaya - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor mencari waris mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang sejak 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, waris kepada Sarbina Barahim yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kronik tahap empat itu dicari untuk urusan pengebumian.

Orang ramai yang mengenali wanita yang dipercayai dari Sabah itu diminta menghubungi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang di talian 03-61263333.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS