Keratan Akhbar

BUNUH RAKAN SERUMAH : WARGA BANGLADESH DIBURU

Polis giat mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan suspek utama kes pembunuhan rakan serumahnya pada 5 November lalu.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, suspek, Hosen Ridoy, 18, bertindak memukul kepala mangsa menggunakan benda keras setelah berlaku pertengkaran antaranya dengan mangsa ekoran rasa tidak puas hati kerana mangsa yang juga rakan senegara selalu membulinya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 20 tahun telah dipukul di kepala dengan objek keras dan mengalami pendarahan teruk sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS