Keratan Akhbar

LELAKI DISYAKI CURI MODEL BARANG LEGO BERNILAI RM22,000

Segamat, 25 Nov - Polis menahan seorang lelaki ditahan dan merampas pelbagai model barangan lego bernilai RM22,000 yang dipercayai dicuri di Hotel Legoland, dekat Johor Bahru, ketika suspek menginap di hotel berkenaan.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Jementah, Segamat, pada jam 2 pagi semalam, susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan hotel kelmarin di Balai Polis Anjung di Nusajaya.

Turut dirampas pelbagai barang lego termasuk patung model Lego Dragon Fly bernilai RM1,500, selain Lego Pirate Head & Sword (RM3,500), Lego Butterfly (RM1,500), Lego Monkey (RM6,000), Lego Spider (RM1,500) dan beberapa kelengkapan bilik hotel lain yang semuanya bernilai RM22,575.

 Sumber: Berita Harian.  

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS