Keratan Akhbar

POLIS KELANTAN BURU LELAKI TERLIBAT KES TIKAM PEMANDU TEKSI

Polis Kelantan meminta kerjasama dari masyarakat atau saksi lain yang pernah ternampak atau mengenali suspek seperti di lakaran yang disyaki terlibat dalam kes menikam seorang pemandu teksi di Kota Bharu beberapa hari lepas agar tampil memberikan maklumat kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim, berdasarkan maklumat yang diberikan saksi suspek tersebut adalah dalam lingkungan lewat 20-an dan berkulit gelap.

Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap motif sebenar lelaki tersebut menikam mangsa sehingga meninggal dunia.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS