Keratan Akhbar

POLIS PULAU PINANG TAHAN EMPAT LELAKI TERLIBAT DALAM KES SAMUN

Polis berjaya menahan empat lelaki masing-masing berumur dalam lingkungan 18 sehingga 20 tahun yang disayaki terlibat dengan kes samun di dalam kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang, beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt. Wan Hassan Wan Ahmad, suspek hanya menjadikan warga asing sebagai sasaran samun dan akan bergerak pada waktu malam untuk mengelakkan orang lain mengecam dan mengenali mereka.

Sementara itu, polis SPS telah melupuskan sejumlah 296 buah komputer judi berserta 24 buah simulator judi yang dirampas sepanjang operasi polis melumpuhkan kegiatan judi di negeri Pulau Mutiara itu.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS