Keratan Akhbar

TONTO RM100 JAGA PREMIS JUDI

Pelbagai teknik dan helah digunakan pengusaha-pengusaha premis perjudian bagi menggaburi mata pihak berkuasa antaranya memberi upah sebanyak RM100 kepada tonto bermotosikal, memasang pintu elektronik keluli, memasang CCTV dan banyak lagi.

Namun kesemua teknik ini dapat dikesan dan dipatahkan hasil serbuan dari semasa ke semasa oleh pihak polis terhadap premis-premis perjudian tersebut.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa, pihak polis sentiasa dapat menghidu teknik-teknik baru yang digunakan pengusaha-pengusaha premis judi ini bagi tujuan melumpuhkan aktiviti haram tersebut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS