Keratan Akhbar

POLIS TRAFIK KL CARI WARIS MANGSA LANGGAR LARI

Polis mencari waris seorang mangsa yang maut dalam satu kemalangan di Kilometer 28-6 Jalan Duta menghala ke pusat bandar pada Jumaat lepas.

Mangsa seorang lelaki India berusia lingkungan 60-an terlibat dalam kemalangan ketika melintas jalan terbabit kira-kira pukul 6 pagi. Mayat mangsa kini ditempatkan di bilik Forensik Hospital Kuala Lumpur selepas dibedah siasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd, Termizi Abdul Mues di talian 014 272 0362 atau menghubungi Pusat Kawalan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071 9777 atau 0320719793.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS