Keratan Akhbar

BERJUDI DI LADANG SAWIT, TUJUH INDIVIDU DITAHAN

Seramai enam lelaki dan seorang wanita yang sedang leka berjudi di kawasan ladang kelapa sawit tergamam apabila mereka diserbu sepasukan polis di Bukit Pasir, Muar, baru-baru ini.

Dalam serbuan pada pukul 6 petang, 19 Januari lalu, kesemua individu terbabit termasuk penganjur berumur di antara 30 hingga 60 tahun itu telah diberkas di belakang sebuah tokong di kawasan terbuka.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM8,000 yang dipercayai hasil perjudian dan sejumlah cip yang mempunyai tanda khas bernilai RM23,000.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS