Keratan Akhbar

REKOD JSJK: 2,669 INDIVIDU DITIPU 'SAUDAGAR' INTERNET

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), setiap hari sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan individu dipercayai menjadi mangsa penjenayah siber yang menyamar sebagai penjual atas talian.

Tahun lalu sahaja, seramai 2,669 individu yang memilih untuk membeli belah melalui internet telah menjadi mangsa penyangak alam siber ini dengan anggaran kerugian berjumlah lebih RM9 juta.

Walaubagaimanapun, polis berjaya mengesan dan menangkap seramai 225 para penyangak ini menerusi kehadiran mereka yang menipu pelanggan dalam aplikasi atas talian seperti laman web membeli belah mudah.my, facebook, lelong.com, whatsapp dan wechatt.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihati agar lebih berwaspada dalam melakukan urusan jual beli menerusi atas talian terutamanya dengan individu/kumpulan yang tidak dikenal pasti identitinya.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS