Keratan Akhbar

VIDEO VIRAL: POLIS BELUM TERIMA SEBARANG ADUAN/LAPORAN

Polis Negeri Sembilan masih belum menerima sebarang aduan atau laporan polis oleh mana-mana mangsa yang didakwa menjadi mangsa kepada gengster jalanan yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Inspira merah yang memandu dalam keadaan merbahaya di atas lebuhraya sebelum mengugut mangsa dan meminta duit.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, video berdurasi 21 saat yang viral kini menunjukkan kejadian kononnya berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pedas-Linggi itu memaparkan mangsa telah membayar wang RM100 kepada gengster jalanan terbabit setelah diugut atas kemalangan yang bukan disebabkan oleh dirinya sendiri.

Pihak polis menasihati mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perkara di atas agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membuat laporan supaya tindakan lanjut diambil sekali gus mengelak kejadian sama mungkin berulang.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS