Keratan Akhbar

PEMANDU LORI KENA JEL 18 TAHUN


Seorang pemandu lori yang dituduh menyebabkan kematian seorang bayi berusia 10 bulan yang juga merupakan anak saudaranya, dua tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan kepada Arman Tarlin, 34, selepas bapa kepada dua orang anak itu mengaku bersalah menyebabkan kematian bayi tersebut. Hukuman itu berkuat kuasa mulai dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Disember 2013.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS