Keratan Akhbar

OPS TAPIS BERSEPADU: POLIS TAHAN 19 INDIVIDU DISYAKI PENAGIH DADAH

Seramai 19 individu termasuk seorang wanita warga Thailand ditahan kerana disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu, di Langkawi, semalam. 

Serbuan hari kedua menerusi Jihad Perangi Dadah itu menumpukan kepada 'port' dadah di lima kampung yang menjadi tumpuan penagih di pulau ini membabitkan Kampung Kelibang, Bukit Malut, Keda Wang Tok Rendong, Bukit Tekoh dan Taman Nilam. 

Turut dirampas daripada beberapa suspek ialah 1.4 gram (gm) dadah jenis heroin, 0.l gm syabu, tiga biji pil yaba, dua biji pil Eramin 5 dan air ketum 1,000 mililiter (ml).

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS