Keratan Akhbar

PENIAGA MERANGKAP PENGEDAR DADAH DITAHAN BERSAMA SENAPANG ANGIN

Polis Johor berjaya memberkas seorang peniaga dipercayai pengedar dadah di rumahnya di Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, pihak polis turut menjumpai selaras senapang angin bersama lapan butir peluru dan sebilah pedang dipercayai milik lelaki berusia 45 tahun itu.

Selain itu, polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 28.6 gram, syabu dianggarkan seberat 19.3 gram, dua biji pil ektasi dan tujuh biji pil Eramin 5 yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM5,500.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS