Keratan Akhbar

POLIS TAHAN IBU TUNGGAL CUBA MENGEDAR DADAH

Polis Terengganu berjaya menahan seorang ibu tunggal yang sedang mengedar dadah dalam satu operasi yang dijalankan berhampiran Kilometer 159 sempadan Kemaman-Kuantan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Mohd Said Ibrahim, wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki berusia 24 tahun ketika sedang menunggu pelanggan mereka jam 3 pagi.

Polis menjumpai dadah jenis syabu seberat 53 gram bernilai RM7,950.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(b) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS