Keratan Akhbar

INDEKS JENAYAH CURI KENDERAAN MENURUN


Subang Jaya - Indeks jenayah kes kecurian kenderaan di kawasan Subang Jaya mencatat penurunan 19.23 peratus pada Januari dan Februari tahun ini berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebanyak 26 kes direkodkan tahun lalu berbanding 21 kes dicatatkan tahun ini.

Menurutnya, kes curi motosikal turut menunjukkan penurunan sebanyak 11.69 peratus bagi tempoh sama berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 77 kes direkodkan berhubung kes curi motosikal pada tahun lalu berbanding 68 kes yang dicatat dalam tempoh Januari dan Februari ini.

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS