Keratan Akhbar

OPS BERSEPADU TAHAN 9 PENAGIH DI PORT DALAM LADANG SAWIT


Felda Gedangsa - Dua pengedar termasuk sembilan penagih dadah berjaya dicekup Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dalam Op Sarang di ladang kelapa sawit di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, serbuan dibuat di felda berkenaan bermula jam 4 pagi dan berakhir jam 12 tengah malam.

"Dalam operasi berkenaan kita berjaya rampas dadah jenis heroin seberat 157.64gram, syabu 0.70 gram dan heroin seberat 157.27 gram dalam rampasan berasingan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber: Sinar Harian




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS