Keratan Akhbar

LELAKI TERMASUK DALANG SINDIKET DITAHAN

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket yang menjadikan rakyat tempatan ‘keldai’ untuk membuka lebih 200 akaun bank tempatan untuk diserahkan kepada sindiket itu.

Dalam serbuan dilakukan awal tahun ini, polis juga menahan tiga lelaki, termasuk dalang sindiket terbabit iaitu warga Afrika serta beberapa pemilik asal akaun bank berkenaan yang dipercayai terbabit dalam pclbagai penipuan atas talian.

Sindiket yang didalangi warga Afrika itu, dibantu dua rakyat tempatan yang bertindak sebagai 'ketua penyelia' dan 'penyelia'.

Pemilik akaun dipercayai menerima bayaran antara RM100 hingga RM150 untuk satu akaun, manakala penyelia akan menjual buku akaun berkenaan kepada ketua penyelia dengan harga RM250.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS