Keratan Akhbar

PDRM-ESSCOMM PANTAU PERGERAKAN KAPAL DARIPADA FILIPINA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memantau sebarang pergerakan kapal atau bot dari dari selatan Filipina ke dalam negara ini.

Komander ESSCOM, Dato' Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedia maklum tentang serangan yang dilancarkan tentera negara jiran itu ke kubu kuat militan Abu Sayyaf di Pulau Basilan, Filipina.

Beliau turut menafikan khabar angin kononnya tentera militan sudah memasuki negeri Sabah dan memberi jaminan ESSCOM sentiasa bersiap sedia berdepan sebarang masalah atau kemungkinan di kawasan yang bergolak tersebut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS