Keratan Akhbar

GENG AMY KEJU TUMPAS


Puchong - Sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Amy Keju yang bergiat aktif melakukan samun sekitar Lembah Klang berjaya dicekup polis selepas menyamun dua wanita di Puchong Jaya, di sini, Isnin lalu.

Suspek dikatakan akan menyarung beberapa helai pakaian berlainan warna dan menukarnya selepas selesai melakukan jenayah serta turut menukar nombor pendaftaran motosikal bagi mengelak dikesan polis.

Suspek juga dikatakan akan bertindak ganas dan agresif sekiranya kegiatan jenayah mereka dihalang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, modus operandi digunakan kumpulan penjenayah itu yang menyamun mangsa sama ada di depan rumah, tepi jalan, di premis 24 jam serta stesen minyak berjaya dikesan polis.

Sumber:  Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS