Keratan Akhbar

SINDIKET PESAN BEKALAN SECARA ONLINE


Kuala Lumpur - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendedahkan sindiket dadah kini menggunakan modus operandi memesan bekalan secara online atau atas talian.
 
Dadah dipesan dihantar melalui kurier, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan pergerakan.
 
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, berkata perubahan taktik itu berlaku selepas polis berjaya mengekang mereka melalui laluan darat, laut dan udara.
 
"Perubahan taktik oleh sindiket dadah antarabangsa dari semasa ke semasa antara cabaran pada kami dalam era serba moden ini," kata Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.
 
Beliau berkata, berikutan itu pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi atau biro narkotik di luar negara dalam usaha bertukar-tukar maklumat dan risikan untuk mengenalpasti rangkaian pengedaran dadah antarabangsa ini.
 
Katanya, beliau yakin cubaan sindiket untuk menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan pemprosesan dadah dapat dipatahkan dengan penggunaan teknologi terkini dan digital oleh pasukan JSJN.
 
Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS