Keratan Akhbar

KEBAKARAN BENGKEL KERETA AKIBAT PERBUATAN KHIANAT


Seremban - Selepas cubaan kali pertama menggunakan bom botol gagal, seorang lelaki dipercayai bertindak menuang minyak untuk membakar sebuah bengkel kereta di sini, tengah malam kelmarin.
 
Tindakannya itu dipercayai menjadi punca kebakaran 44 kereta termasuk model Porsche dan Mercedes Benz di perkarangan bengkel yang terletak di Kampung Ribu, Kuala Sawah, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.
 
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pemeriksaan Bahagian Penyiasatan Kebakaran bomba dan Bahagian Forensik polis, menemui bahan cecair yang dipercayai menjadi punca kebakaran.
 
Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS